Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, segala pujian hanyalah kepada Allah, Tuhan Yang Esa, yang menguasai seluruh alam, mencipta segala penciptaan dan mencipta manusia dengan sebaik-baik penciptaan. Mengajar manusia berbicara dan mengembangkan potensi manusia dengan lautan ilmuNya, hasil usaha tulis dan baca sehingga manusia mampu membina ketemadunannya. Salawat dan salam juga dilafazkan buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., nabi akhir zaman yang membawa risalah kebenaran - Islam, sebagai ad-Din. Semoga kita tergolong dalam kalangan ummahnya yang mendapat syafaat daripada baginda rasulullah s.a.w.
Bersyukur kepada Allah atas keizinNya jua, maka laman blog Apabila Pena Berbicara berjaya diusahakan pada hari ini, 21 November 2010. Kehadiran laman blog yang kerdil ini adalah sebagai tempat penulis untuk berkongsi pengetahuan dengan para blogger dalam mencari dan menambahkan ilmu dan hikmah. Penulis berharap segala apa yang dicatat dalam ruangan ini adalah sesuatu yang bermanfaat sahaja. Biarlah ia bagaikan konsep seekor lebah, menghisap saripati bunga yang baik-baik (berkualiti) dan kemudiannya mengeluarkan madu yang manis dan bermanfaat kepada manusia.
Sekian.